Interpretation Strategy

Interpretation is an essential part of Christmas Island’s heritage management. The Strategy strives to increase knowledge, awareness, understanding and commitment to Christmas Island’s outstanding cultural values for social, environmental and economic benefit. The purpose is to provide a framework for communicating and managing heritage values through major initiatives and shorter term projects which will contribute to the sustainability of Christmas Island’s cultural heritage future. It does this through the development of historic themes to clearly articulate the significance of the place. It includes both aspirational and practical recommendations.

There is a huge body of research and information about Christmas Island’s history and this Strategy brings together existing information and work of organisations with similar goals to ensure a consistent and coordinated approach is taken with responsible management of scarce resources. In October 2018, Christmas Island will mark its 60th anniversary as an Australian Territory. This milestone provides a valuable reference point from which to consider Christmas Island’s impressive natural and cultural heritage values and the experiences they offer.

It aims to facilitate community engagement, allow communities and individuals to participate actively in recording, acknowledging and celebrating their heritage with a focus on the culture, history and traditions which to date have been ignored or under-represented in the broader community.

This Interpretation Strategy is an invitation for the community to explore new ways of valuing Christmas Island and itself.

Download the Interpretation Strategy here

 

 

STRATEGI PENTAFSIRAN

Pentafsiran merupakan bahagian penting dalam pengurusan warisan Pulau Krismas. Strategi ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran, kefahaman dan komitmen terhadap nilai budaya Pulau Krismas yang unggul, demi kepentingan sosial, alam sekitar dan ekonomi. Tujuannya adalah menyediakan rangka kerja bagi menyampaikan dan menguruskan nilai-nilai warisan melalui pelbagai inisiatif utama dan projek jangka pendek yang akan membantu melestarikan warisan budaya Pulau Krismas untuk masa hadapan. Hal ini dilakukan dengan mengembangkan tema-tema sejarah bagi mengungkapkan kepentingan sesuatu tempat dengan jelas. Pelbagai saranan yang bersifat aspirasi dan praktikal juga diajukan.

Banyak penyelidikan dan maklumat yang wujud tentang sejarah Pulau Krismas. Strategi ini mengumpulkan segala maklumat dan hasil kerja pelbagai badan yang serupa tujuannya, agar pendekatan yang konsisten dan terselaras dapat diambil dan sumber yang terhad diuruskan secara bertanggungjawab. Pada bulan Oktober 2018, Pulau Krismas akan merayakan ulang tahun ke-60 sebagai Wilayah Australia. Titik bersejarah ini menjadi rujukan yang berharga bagi menimbangkan nilai warisan semula jadi dan budaya Pulau Krismas yang mengagumkan serta aneka pengalaman yang ditawarkannya.

Strategi ini juga bermaksud untuk memudahkan penglibatan masyarakat, membolehkan masyarakat dan individu turut serta secara aktif dalam merakamkan, mengiktiraf dan meraikan warisan mereka melalui tumpuan pada budaya, sejarah dan tradisi yang sehingga kini diabaikan atau kurang ketara dalam masyarakat umum.

Strategi Pentafsiran ini merupakan undangan kepada masyarakat agar meneroka cara-cara baru untuk menghargai Pulau Krismas dan masyarakat mereka sendiri.

 

解釋策略

解釋是聖誕島遺產管理的一個重要組成部分。就聖誕島傑出的文化價值而言,解釋策略致力於增加知識,提高認識,增進理解,承擔責任,以期帶來社會、環境和經濟效益。其目的是通過重大舉措和短期項目為溝通和管理遺產價值提供一個框架,這將有助於聖誕島文化遺產未來的可持續性發展。解釋是通過歷史題材的設定,清楚地說明這個地方的意義,其中包括激勵人心的和切實可行的建議。

有關聖誕島的歷史有大量的研究和資訊,本策略彙集了現有的資訊和有類似目標的組織的工作,以確保採取協調一致的方法,對稀缺資源進行負責任的管理。2018年10月,聖誕島將迎來成為澳大利亞領地60周年。這一里程碑提供了一個有價值的參考點,藉以考慮聖誕島令人驚歎的自然和文化遺產價值和這些遺產能夠帶來的體驗。

解釋策略的目的是促進社區參與,讓社區和個人積極記錄、確認和頌揚他們的遺產,同時側重于文化、歷史和迄今被更廣泛的社區忽視或未被充分表述的傳統。

解釋策略是向社區發出邀請,讓人們來探討新的途徑,更好地珍惜聖誕島和這裡的社區。