Heritage Policy & Heritage Strategy

Christmas Island’s heritage is distinctive and has great potential to positively contribute to economic, social and environmental development. The remarkable and distinctive history is reflected in its places, precincts, oral histories, traditions and multi-cultural community. In the past, heritage management has appeared to lack good governance, accountability and transparency through clear and coordinated action. The provision of a Policy and overarching set of strategies will provide for the identification, conservation, management, interpretation and celebration of this significant heritage. Continued lack of action in managing heritage on Christmas Island will lead to further deterioration of places, missed opportunities to develop economically and socially and a loss of information related to the history and personal experiences of the Christmas Island community.

The purpose of a Heritage Policy is to provide an overarching statement of intent in the management, conservation and interpretation of heritage with clear adherence to existing statutory and strategic documents.

The Heritage Strategy provides the framework and strategic direction for heritage on Christmas Island at a Commonwealth and Shire level. It is complementary to and builds upon other strategies as well as legislative requirements. This Strategy encompasses a range of activities to support the Island’s tangible and intangible heritage including significant places and objects, stories and cultural traditions. This approach has been taken in order to avoid ad-hoc projects and instead provide a clear action plan with short and long term priorities to assist in efficiently directing resources and actions. Community consultation and engagement was essential to determine the direction of this Strategy and the National Trust thanks all those who were involved and provided valuable comment and feedback.

 

The vision for Christmas Island’s heritage is to:

Support and stimulate community connections to the Island’s exceptional history, cultures and environment.

 

Download the Heritage Policy & Heritage Strategy document here

 

DASAR DAN STRATEGI WARISAN

Pulau Krismas memiliki warisan yang istimewa dan berpotensi besar untuk memberi sumbangan positif kepada pembangunan ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Sejarahnya yang luar biasa dan istimewa itu tercermin pada pelbagai tempat, kawasan, sejarah lisan, tradisi dan masyarakat berbilang budaya pulau ini. Pada masa lalu, pengurusan warisan kelihatan kekurangan tadbir urus, pertanggungjawaban dan ketelusan melalui tindakan yang jelas dan selaras. Dasar ini berserta sekumpulan strategi yang menaungi segalanya akan membolehkan pengenalpastian, pemuliharaan, pengurusan, pentafsiran dan sambutan bagi warisan yang begitu penting ini. Kurangnya tindakan berterusan dalam menguruskan warisan Pulau Krismas akan menyebabkan tempat bersejarah semakin terbengkalai, terlepas peluang untuk pembangunan ekonomi dan sosial dan luputnya maklumat tentang sejarah dan pengalaman peribadi masyarakat Pulau Krismas.

Tujuan Dasar Warisan adalah untuk mengungkapkan hasrat kita secara keseluruhan tentang pengurusan, pemuliharaan dan pentafsiran warisan, di samping dengan jelas mematuhi dokumen berkanun dan strategi yang sedia ada.

Strategi Warisan membentangkan rangka kerja dan hala tuju strategi bagi warisan di Pulau Krismas pada tahap Persekutuan dan Shire. Strategi ini melengkapi dan dibina di atas strategi lain serta peraturan perundangan. Strategi ini merangkumi berbagai-bagai aktiviti untuk menyokong warisan Pulau ini, baik yang nyata mahupun tidak nyata, termasuk tempat-tempat dan objek penting, serta kisah dan tradisi budaya. Pendekatan ini diambil untuk mengelakkan projek secara ad hoc, dan sebaliknya menyediakan pelan tindakan yang jelas berserta keutamaan jangka pendek dan panjang untuk membantu mengarahkan sumber dan tindakan secara cekap. Perundingan dan penglibatan masyarakat adalah penting untuk menentukan arah Strategi ini. Badan Amanah Kebangsaan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit serta yang memberikan komen dan maklum balas berharga.

 

Visi untuk warisan Pulau Krismas:

Menyokong dan merangsang hubungan masyarakat dengan sejarah, budaya dan alam sekitar Pulau ini yang luar biasa.

 

遺產政策與策略

聖誕島的遺產是獨特的,具有能夠為經濟、社會和環境發展作出積極貢獻的巨大潛力。卓越獨特的歷史體現在聖誕島的各個地方、區域、口述歷史、傳統和多元文化社區之中。過去,遺產管理似乎缺乏良好的治理、問責制和透明度,沒有採取明確且協調一致的行動。政策的規定和一系列總體策略的制定將能夠確認、保護、管理、解釋和頌揚這些重要遺產。在聖誕島遺產管理方面如果繼續缺乏行動,將會導致這些地方進一步惡化,錯失經濟和社會發展的機會,丟失與聖誕島社區的歷史和個人經歷有關的資訊。

遺產政策的目的是提供一個遺產管理、保護和解釋的總體意向聲明,並明確堅持現有法律和策略文件。

遺產策略為聖誕島上的遺產提供了一個在聯邦和州一級的框架和策略方向。該策略與其他策略和立法要求相輔相成,而且建立在它們的基礎之上。該策略包括一系列行動,以支持島上的有形和無形遺產,包括重要的地方和文物、故事和文化傳統。採取這種方法是為了避免臨時性項目,而是提供有短期和長期重點的明確的行動計畫,以協助有效指導資源和行動。為確定該策略的方向,社區諮詢和參與是必不可少的,國家信託基金感謝所有參與並提供寶貴意見和反饋的人士。

 

對於聖誕島遺產的願景是:

支持和鼓勵社區與島上獨特的歷史文化和環境之間的聯繫